Cara Betul Sikat Rambut


 

 

1.Pastikan sikat bersih

Pastikan sikat yang digunakan untuk menyikat rambut sentiasa bersih. Cuci sikat sekurang-kurangnya sekali seminggu bagi memastikan ia bersih dan tiada bakteria yang melekat pada celah gigi sikat. Elakkan berkongsi sikat dengan orang lain.


 

2.Sikat ketika rambut kering

Pastikan rambut anda benar-benar kering sebelum boleh disikat. Menyikat rambut ketika masih basah boleh menyebabkan keguguran rambut dan rambut bercabang kerana liang rambut terbuka ketika basah.

 


3. Sikat bila perlu

Usah terlalu kerap menyikat rambut anda kerana ia boleh menyebabkan rambut menjadi halus yang seterusnya mengakibatkan kerosakan serta keguguran rambut. Sebaiknya gunakan sahaja hujung jari anda bagi merapikan rambut.


4. Jangan Sikat rambut sebelum tidur

Jangan sikat rambut sebelum tidur.Jika selama ini anda sudah terbiasa menyikat rambut sebelum tidur, anda dinasihatkan untuk menghentikan tabiat tersebut. Menyikat rambut sebelum tidur hanya akan menimbulkan stimulasi terhadap pengeluaran sebum dan boleh merosakan rambut serta membuatkan rambut anda menjadi rapuh.


5. Gunakan pomade untuk style

Gunakan pomade membuat rambut anda nampak lebih kemas dan rapi. Selain itu, nampak rambut hitam dan bersinar, baunya wangi dan paling penting ianya mudah dibasuh atau dicuci.