Punca timbul jerawat

Jerawat menjadi masalah kerana meninggalkan bekas dan kesan parut pada kulit. Dan ini menyebabkan kulit tidak cantik dan bersih. Punca timbul jerawat bukan sebab kita picit jerawat tetapi sebab lain. Contohnya:


Terlalu kerap mencuci muka 

Jika terlalu kerap mencuci muka akan menyebabkan jerawat makin teruk. Mencuci muka lebih dari 2 kali sehari boleh menyebabkan kulit kering. Dan ini menyebabkan berlaku banyak minyak dihasilkan. Minyak di kulit ibarat kolam untuk jerawat. Cuci muka ketika waktu pagi dan sebelum tidur.


Tekanan / Stress 

Apabila anda tertekan atau stress, badan akan menghasilkan hormon corticotrophin( yang meningkatkan konsentrasi kolesterol esterase dan mendifusikan kolesterol melalui membrane) yang menggalakkan pertumbuhan jerawat.


 

Bahan kosmetik tak sesuai pada kulit

Tidak semua produk kosmetik sesuai untuk kulit muka anda. Contohnya, kulit jenis berminyak atau kombinasi lebih cenderung dan mudah untuk naik jerawat. Jadi anda perlu menggunakan pencuci muka jenis ‘oil free’ atau ‘water based’.


Kurang Tidur

Sama seperti stress, tidur yang tidak cukup juga boleh menghasilkan hormon corticotrophin ( yang meningkatkan konsentrasi kolesterol esterase dan mendifusikan kolesterol melalui membrane) mendorong jerawat makin banyak naik.

 


Pemakanan 


Bab makanan juga antara faktor penting yang boleh menyebabkan jerawat naik. Contohnya, makanan ringan yang tinggi dengan indeks glisemik ( mengukur berapa cepat makanan yang mengandungi karbohidrat meningkatkan paras gula seseorang selepas makanan tersebut dimakan) akan melepaskan dalam darah  paras gula yang cepat ke dalam darah boleh menyebabkan jerawat makin teruk. Contoh lain lagi, produk berasakan susu, kentang, yang mengandungi gula, dan kerepek.