Cara hilangkan kulit berminyak

Kulit senang naik jerawat sebab selalu berminyak?

Dah cuba macam2 jenis cara tapi tak berkesan?

Nak tak kulit licin, putih, flawless macam Anuar Zain?

Muka berminyak dan berjerawat selalu menjadi masalah kerana ianya punca hilangkan keyakinan seseorang. Punca muka berminyak dan berjerawat bergantung pada keadaan sekililing terumata keadaan itu panas dan berhabuk. Disini kami hendak share tips atau cara boleh membantu mengurangkan atau mungkin menghilang minyak di muka.


ELAK CUCI MUKA DENGAN BAHAN KASAR

Jika selama ini anda mencuci muka dengan kain, tuala atau span yang keras, hentikan! Ia akan menyebabkan kulit menghasilkan lebih banyak minyak kerana menggantikan minyak semula jadi yang hilang akibat mengguna bahan-bahan tersebut.


 CUCI MUKA PADA WAKTU SIANG DAN MALAM

Cuci muka sebaik bangun tidur dan sebelum tidur .Ia akan menstabilkan kadar pengeluaran minyak semula jadi di kulit muka dan tidak membazir pencuci muka anda pada masa yang sama.


ELAK GUNA AIR PANAS

Hanya guna air suhu biasa atau suam untuk mencuci muka kerana membantu hilangkan kulit berminyak secara semula jadi pada muka. Menggunakan air panas boleh menyebabkan kerosakan pada kulit .


ELAK MOISTURIZER YANG MENGANDUNGI PETROLEUM

Petroleum dan shea butter memang bagus untuk kulit yang kering tetapi bukan untuk yang berminyak.Ini kerana ia akan menambahkan lagi pengeluaran minyak pada kulit muka. Periksa label dulu sebelum membeli.


ELAK MAKANAN YANG MENGHASILKAN MINYAK

Makanan yang tinggi lemak, gula dan garam penyumbang kepada muka berminyak, begitu juga produk tenusu. Hadkan pengambilan makanan sebegini untuk elakkan muka berminyak.


AMBIL MAKANAN TINGGI FIBER

Seperti buah-buahan dan sayur-sayuran. Buah-buahan sitrus terutamanya sangat bagus untuk mengurangkan penghasilan minyak berlebihan. Sebaiknya makan sayur-sayuran yang direbus atau dikukus.