Tips mencegah timbulnya jerawat

Walaupun kulit kita bersih, tidak semestinya kulit kita tidak akan tumbuh jerawat. Jerawat tetap akan tumbuh Cuma tunggu masa sahaja. Sebelum masa itu tiba kita hendaklah mencegahnya supaya jerawat tidak tumbuh dan kulit kekal bersih.


1. Rajin membersihkan wajah

Jagalah kesihatan wajah dengan membersihkan wajah paling kurang dua kali sehari dengan pembersih wajah. Pilih pembersih yang sesuai dengan jenis kulit dan anda yakin bagus untuk kulit wajah. Rajin membersihkan wajah adalah kunci dalam menjaga kulit dari kotoran dan minyak berlebihan yang menyebabkan  jerawat tumbuh.


2. Jangan sentuh jerawat anda

Jika wajah anda sedang berjerawat, jangan sentuh wajah dengan tangan kotor apatah lagi memicitnya. Memincit jerawat memburukkan lagi keadaan kulit. Ianya, menimbulkan bekas jerawat yang sukar dihilangkan.


3. Hindari make up berlebihan

Jangan terlalu sering menggunakan make up atau riasan berlebihan. Gunakan make up yang sesuai dengan jenis kulit dan hanya pada keadaan tertentu. Jangan lupa untuk membersihkan make up terutama sebelum tidur.


4. Rajin beriadah

Rajin beriadah boleh seimbangkan hormon dan mengurangkan risiko stress yang puncanya timbulnya jerawat. Mandi dengan air panas setelah berolahraga dapat membersihkan tubuh dari minyak yang dapat menyebabkan jerawat.


5. Permakanan yang sihat

Menu makanan sihat dan seimbang dapat menjaga kesihatan kulit. Makan buah dan sayur dipercayai dapat membersihkan wajah dari racun serta mengatasi jerawat dari dalam. Jika anda sering mengalami masalah jerawat ada baiknya hindari makanan berminyak dan berlemak.